Sunday, 2 July 2017

Kad Undangan

Perkhabaran Bahagia

Dalam memenuhi kelainan cita rasa setiap individu, ia sedikit sebanyak mendorong kepada wujudnya sesuatu yang lebih kreatif, juga inovatif. Lihat sahaja lambakan pelbagai reka lama dan baru. Apa jua rekaan atau konsep yang menjadi pilihan, hadirnya kad undangan itu membawa petanda kebahagiaan.
Penggunaan reben bagai kemestian buat kad undangan moden.
Juntaian tali keemasan dalam mencetuskan ciri- ciri eksklusif.

Gaya Inggeris
Pemilihan rekaan kad dari rona- rona lembut dan romantik melengkapi tema dan gaya Inggeris dan moden.

Kontemporari
Gaya Kontemporari terserlah dengan reka bentuk kad yang lebih ringkas, santai dan kebiasaannya menjadikan reben sebagai aksesori.
Kemelayuan
Terserlah ciri- ciri kemelayuan pada kad perkahwinan dengan elemen kerawang sebagai motif utama kad undangan. Pemilihan warna coklat dan keemasan sesuai dalam menekankan imej tradisionalnya.

No comments:

Post a Comment