Wednesday, 16 August 2017

Paperbag Kraft. Sesuai untuk isi doorgift yang ringan.
Nampak lebih unik. Kepada pencinta alam, material kraft ini diperbuat daripada recycle paper. Bolehlah save the world.

Hiasi Paperbag Kraft ini dolly-paper atau ribbon. Ataupun bride to be semua  boleh guna mashi tape yang bercorak warna wanri. pasti menarik gile!
.








.
Nak order kad kahwin??? Jom order dengan kami...
Sila klik disini.. >> KADLESTARI

atau whatsapp kami terus
Sila klik disini.. >>  http://kadlestari.wasap.my

Wednesday, 2 August 2017


Masa Ideal Tempah Kad Kahwin.

Kad kahwin bukan satu perkara yang kita perlu ambil mudah. Bagi yang tertanya bilakah waktu sesuai untuk mereka menempah kad perkahwinan, sebenarnya anda digalakkan untuk menempah kad kahwin kira-kira 3 bulan lebih awal sebelum tarikh perkahwinan. Kenapa????

Bulan pertama : Untuk memilih design dan dapatkan draf serta proceed order
Bulan kedua : Untuk proses cetakan lalu mengambil tempahan dan mula mengedar
Bulan ketiga : Untuk proses edaran kad yang masih ada.



Menempah kad kahwin di saat-saat akhir mungkin akan menyebabkan tempahan anda ditolak. Lebih-lebih lagi jika anda berkahwin di musim cuti persekolahan.. Waktu itu memang ramai pasangan yang akan datang menempah lebih awal. Ini bagi mengelakkan kelewatan dan agar kad dapat
diedarkan dengan lebih sempurna.

Apabila menempah kad disaat akhir, banyak keburukannya. Bukan sahaja anda akan lewat mendapat kad kahwin, tetapi anda juga akan kesuntukan masa untuk mengedarkan kad jemputan kahwin,

Kesilapan tulisan dan ayat juga mungkin boleh berlaku pada kad kahwin jika kelam kabut menyemak draf kad yang dibuat. Segalanya akan jadi serba tak kena. Ini akan terjadi bila dah last minute.

Jadi buatlah perancangan sebaik-baiknya sebelum anda mengambil kata putus.
Tepuk dada..tanya hati..


Nak order kad kahwin??? Jom order dengan kami...
Sila klik disini.. >> KADLESTARI

atau whatsapp kami terus
Sila klik disini.. >>  http://kadlestari.wasap.my

Sunday, 2 July 2017

Kad Undangan

Perkhabaran Bahagia

Dalam memenuhi kelainan cita rasa setiap individu, ia sedikit sebanyak mendorong kepada wujudnya sesuatu yang lebih kreatif, juga inovatif. Lihat sahaja lambakan pelbagai reka lama dan baru. Apa jua rekaan atau konsep yang menjadi pilihan, hadirnya kad undangan itu membawa petanda kebahagiaan.
Penggunaan reben bagai kemestian buat kad undangan moden.
Juntaian tali keemasan dalam mencetuskan ciri- ciri eksklusif.

Gaya Inggeris
Pemilihan rekaan kad dari rona- rona lembut dan romantik melengkapi tema dan gaya Inggeris dan moden.

Kontemporari
Gaya Kontemporari terserlah dengan reka bentuk kad yang lebih ringkas, santai dan kebiasaannya menjadikan reben sebagai aksesori.
Kemelayuan
Terserlah ciri- ciri kemelayuan pada kad perkahwinan dengan elemen kerawang sebagai motif utama kad undangan. Pemilihan warna coklat dan keemasan sesuai dalam menekankan imej tradisionalnya.

Tuesday, 14 February 2017

Persediaan Menempah Kad Undangan


Apabila anda dan pasangan sudah menetapkan tarikh berlangsungnya majlis perkahwinan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menempah kad undangan. Kad undangan amat penting kerana ia akan menjemput dan juga mengundang tetamu supaya hadir ke majlis perkahwinan. Walaupun terdapat pelbagai medium lain untuk menjemput tetamu, namum masih ramai yang memilih kad undangan bagi menjemput tetamu sebagai tanda penghormatan untuk menjemput para tetamu.

Tetapkan Waktu Undangan
Waktu yang amat ideal dan sesuai sekali untuk menempah kad jemputan adalah tiga bulan sebelum majlis perkahwinan. Ini kerana masa yang paling sesuai digunakan bagi mengedarkan kad kepada tetamu adalah sebulan ataupun dua bulan sebelum tarikh perkahwinan. Jadi, masa tambahan selama satu bulan boleh diberikan kepada kedai yang mengambil tempahan itu menyiapkan rekaan dan juga mencetak kad yang telah dipersetujui. Elakkan daripada membuat tempahan kad pada waktu akhir dan dalam keadaan yang tergesa- gesa kerana ia akan lebih menyulitkan.

Tip Bagi Menempah Kad Kahwin
  1. Lakukan tempahan awal
  2. Sediakan senarai semak tetamu dahulu membuat tempahan kerana daripada senarai itu anggaran berapa banyak kad yang perlu ditempah dapat dikenalpasti
  3. Elakkan dari menempah dua jenis kad perkahwinan yang berbeza iaitu satu yang biasa dan satu lagi eksklusif untuk menjimatkan kos. Ini kerana kos pencetakan kad eksklusif adalah sama dengan kad biasa walaupun kuantiti kad eksklusif itu lebih sedikit.
  4. Sediakan maklumat yang lengkap dan tepat semasa menghadiri kedai bagi tujuan penempatan kad.
  5. Boleh melihat dahulu ‘artwork’ ataupun contoh kad jemputan yang ada di kedai bagi mendapatkan sedikit idea tambahan dalam kad jemputan tersebut.
  6. Jangan malu bertanya dan berbincang dengan pihak kedai mengenai bajet dan juga citarasa kad yang menjadi pilihan.
  7. Semak dengan teliti akan info- info yang tertera pada majlis seperti nama pengantin, tarikh dan juga tempat sebelum persetujuan draf akhir untuk kad dicetak.