Friday, 3 April 2015

Kahwin : Antara #katering, #upah dan #rewang

Sembang santai petang ni..haa..antara #katering, #upah & #rewang, mana satu pilihan dihati?Ketiga-tiga ni ada pro & kontranya..Yang penting,uolls cukup bajet nak bagi orang makan.gitu~ Check it out dulu pro & kontra katerig, upah & rewan.~~Salam  jumaat..


#Katering

Perkhidmatan katering dimajlis perkahwinan menjadi trend masa kini dimana tuan majlis akan mengupah katering yang biasanya akan menyediakan pakej-pakej tertentu. Pihak tuan majlis akan memilih menu dalam pakej dan juga dinyatakan berapa tetamunya. Pihak katering akan melaksanakan mengikut permintaan dan jumlah jemputan.
Pro perkhidmatan Katering di Majlis Perkahwinan
- Perkhidmatan katering biasanya akan menyiapkan peralatan termasuk pinggan, mangkuk dan ada juga yang menyediakan sekaligus dengan khemah serta pelayan. (Dapat mengurangkan masa untuk mencari bahan-bahan tersebut).
- Boleh mengetahui samada perkhidmatan katering itu berkualiti atau tidak. Kebiasaannya perkhidmatan katering akan mempunyai sijil kesihatan, lesen dan sebagainya. Selain itu, boleh juga tengok katering melalui pengalaman majlis yang lain.
- Banyak pilihan. Sekarang ni banyak perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan. Boleh pilih mengikut kemampuan dan kepuasan hati.
- Tak perlu nak memikirkan tentang cara nak masak, nak beli barang basah. Mereka akan siap masak samada di tempat majlis atau di tempat mereka sendiri.
Kontra perkhidmatan katering di Majlis Perkahwinan
- Perlu mengeluarkan belanja yang tinggi.
- Mungkin kualiti masakan, layanan tidak menepati citarasa.
- Tiada nilai kemasyarakatan dimana tiada lagi orang kampung berkumpul untuk menyediakan bahan mentah.


#Upah Tukang Masak
Perkhidmatan upah tukang masak ada juga dilakukan. Berbeza dengan katering, tukang masak hanya akan memasak sahaja dimana beliau akan menyuruh tuan majlis membeli bahan mentah untuk dimasak. Upah yang dikenakan mungkin murah dimana hanya mengira secara 'lump sump'sahaja.

Pro perkhidmatan Upah Tukang Masak
- Harga yang lebih murah berbanding katering.
- Tuan majlis tidak perlu memikirkan tentang masakan dimana ia akan dilakukan oleh tukang masak.
- Masih ada nilai kemasyarakatan kerana kaum wanita masih boleh melakukan aktiviti seperti potong bawang. Cuma bahagian lelaki sudah tiada dalam aktiviti memasak tetapi boleh melakukan aktiviti seperti melapah daging dan sebagainya.
Kontra perkhidmatan upah Tukang Masak
- Pihak tuan majlis perlu menyediakan peralatan seperti pinggan dan mangkuk.
- Upah tukang masak biasanya hanya untuk masak sahaja. Selepas majlis, kerja mengemas terpaksa dilakukan tuan rumah sekeluarga. Tiada juga khidmat pelayan tetamu dan sebagainya.Kebiasaannya Tuan majlis perlu mendapatkan atau mengupah kendarat untuk membantu.


#Rewang

Rewang merupakan aktiviti kemasyarakatan penduduk setempat dalam melaksanakan kenduri kendara. Biasanya ia dilakukan oleh orang kampung ketika majlis perkahwinan.
Pro rewang
- Ia merupakan kaedah paling murah. Bukan sahaja murah malahan ada juga penduduk setempat yang memberikan bahan mentah secara percuma kepada tuan majlis. Pasti meringankan beban tuan majlis.
- Bagi tempat yang mempunyai komuniti yang baik mereka mempunyai peralatan majlis yang boleh dikongsi. Sebagai contohnya, khemah yang akan dipasang sendiri oleh penduduk setempat.
- Aktiviti kemasyarakatan yang dapat merapatkan silaturrahim antara satu sama lain.
Kontra rewang
- Tiada ketua yang benar-benar khusus untuk mengawal perjalanan majlis. Kadangkala ada banyak sangat kepala sehingga boleh mengkelamkabutkan majlis.
- Sukar nak dapatkan orang. Sekarang ni memang komuniti setempat kurang baik. Tidak seperti masa dahulu. Memang sukar untuk mengumpulkan penduduk setempat bagi membantu menguruskan majlis.


Nak Tempah Kad Kahwin??

Klik kat sini.. >> KadLestari


Atau hubungi talian

011 - 2013 2990


Atau Jemputlah datang ke kedai kami :


No 14A, Jalan Bunga Tanjung 2/16,Seksyen 2
40000 Shah Alam.