Wednesday, 11 March 2015

Tips Memilih Warna Baju Pengantin

Psstt..harini Dik Mon nak bagi TIP PEMILIHAN WARNA BAJU UTK PENGANTIN utk uolls..Nak pilih baju kahwin pun ada tip tauu..check it out~


#Jangan bergantung pada warna kulit saja
Pengantin juga tidak seharusnya bergantung pada warna kulit saja, sebaliknya ukuran badan juga amat penting kerana pilihan warna boleh menyebabkan uolls nampak lebih besar atau lebih kurus.
Warna terang macam kuning atau merah jambu akan menyebabkan pengantin berbadan besar nampak lebih besar tapi warna gelap boleh memberi ilusi yang lebih langsing.

Sebaiknya pilih rona coklat, hitam, kelabu atau perak untuk melindungi kekurangan tubuh.

#Pilih rona lembut untuk pernikahan
Untuk pernikahan, sebaiknya pilih rona lembut dan tidak terlalu terang. Putih rona yang biasa dipakai dan warna selamat. Jika inginkan kelainan, pilih warna merah jambu lembut, kelabu, keemasan atau coklat bagi menandakan anda akan menghadapi majlis pernikahan. Warna ini sesuai untuk semua jenis kulit.



#Dapatkan panda­ngan perunding majlis perkahwinan
Kebiasaannya apa yang disukai mempelai tidak semestinya cantik pada pandangan mata ramai. Sebaiknya sebelum memilih tema majlis atau menempah baju, pastikan anda mendapatkan pandangan daripada jurusolek atau perunding majlis perkahwinan supaya warna dipilih bersesuaian dengan personaliti anda.

Jangan kerana sukakan sesuatu warna, anda memakainya tanpa memikirkan penampilan anda pada hari bahagia.

#Pilih rona sedondon

Kalau uolls sudah menetapkan tema pakaian, pilih rona tudung dan kasut sepadan dan tidak berbeza dengan warna busana bagi mengelak anda nampak janggal pada hari bahagia.
Ada juga pengantin yang ingin memakai warna tudung berbeza tetapi pastikan ia masih di dalam ton warna yang sama, begitu juga dengan kasut. Ini kerana bagi mempelai yang mengenakan layah, ia cukup menaikkan seri pengantin terutama apabila berjalan memasuki pintu utama dewan menuju ke pelamin.


*kredit to sweetpicture

*kredit to http://www.hmetro.com.my/articles/Perlubijakpilihwarna/Article *

.
Nak buat kadkahwin tapi tak tahu dekat mana?
Klik kat sini.. >> KadLestari

Atau hubungi talian
HOTLINE
011 2013 2990

atau jemputlah datang ke kedai kami
di lokasi ini...

No. 14A, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan..

No comments:

Post a Comment