Wednesday, 25 March 2015

#Ciri-ciri Lelaki Yang Baik & Calon Suami yang Baik.


Walaupun setiap pertemuan telah dicatat di Luh Mahfuz, namun tidak salah kita usaha dan ikhtiar. Jadi marilah ketahui #Ciri-ciri Lelaki Yang Baik & Calon Suami yang Baik.


#Berkemampuan.

- Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. 
Seperti memberi makan dengan apa yang dia (suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga.

#Lelaki yang sanggup menjadi pembela pasangannya. 

- Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi perempuan daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi dan menjadi isterinya, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

#Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji.

- Apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan.

#Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. 

- Bonus jika pandai dalam memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

#Memberi kepercayaan penuh.

- Menyimpan kepercayaan yang tinggi kepada perempuan dan tidak mudah bersikap ‘suuzon’ iaitu tidak bersangka buruk terhadap isteri.

#Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. 

- Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ di sini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata.

#Bertanggungjawab.

- Sifat mudah memaafkan ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah  ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

#Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. 

- Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua,ciri terpenting dalam memilih calon suami yang beriman sebagai ketua dan pemimpin dalam mendidik isterinya dan seterusnya mentarbiyahkan anak.


Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.Detik-detik akhir zaman ini orang yang soleh dan solehah jumlahnya sedikit marilah kita jadi sebahgian dari sedikit itu. Semuanya adalah berdasarkan kita, saling melengkapi satu sama lain.







Nak buat kadkahwin tapi tak tahu dekat mana?

 Klik kat sini.. >> KadLestari


Atau hubungi talian

HOTLINE
011 2013 2990

atau jemputlah datang ke kedai kami

di lokasi ini...



No. 14A, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2,

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan..

No comments:

Post a Comment