Wednesday, 18 March 2015

#Checklist Perkahwinan

Nak kahwin,tapi tak tahu nak buat yang mana satu? Dik Mon tolong uolls buat #Checklist Perkahwinan (rancang majlis)..Nanti bolehlah rancang dengan teratur.. Check it out~..


-Perkara pertama & paling penting yang perlu dilakukan. Rancang sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum kahwin agar semuanya berboleh diatur secara lancar.

#Tentukan tarikh (nikah dan sanding). 
-Bincang bersama ahli keluarga & pasangan tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis. (selalunya cuti sekolah/cuti umum)

#Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan
-Segala butir-butir & keterangan yang berkaitan perlu diisi dan buat semakkan akhir sebelum diserahkan  borang yang berkaitan. Kesilapan mengisi akan mengeruhkan keadaan.

#Pilih tema majlis kahwin. 
-Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu dengan tema perkahwinan yang disediakan majlis perkahwinan akan lebih meriah!

#Buat medical check-up (HIV).
-Perkara WAJIB dibuat oleh semua bakal pengantin. Pemeriksaan yang dijalankan akan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.Jujur tentang kesihatan anda!

#Beli barang-barang hantaran
-Dengan checklist yang ada pembelian akan lebih teratur, jimat masa serta perbelanjaan.Bajet lebih boleh beli lebih..

#Beli souvenir dan bunga telur untuk tetamu.
-Bahagikan antara orang dewasa & kanak-kanak serta vip. Ikut bajet anda,nak lagi jimat cuba buat DIY..sekarang semuanya dihujung jari.

#Tempah juru nikah atau tok kadi. 
-Jurunikah jangan lupa..Perlu 'book' awal. Ini membolehkan tok kadi membuat perancangan masa beliau sendiri. 

#Tetamu.
-Senaraikan para  tetamu yang perlu dijemput. Ini akan memudahkan bajet perkahwinan berikut dibuat.

#Kad jemputan (p/s..jgn lupa tempah kad kahwin dengan kadlestari.com ^^). 
-Tempah kad kahwin sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum majlis. Design kad perkahwinan perlu dibuat atas perbincangan dan persetujuan kedua belah pihak. Dengan nasihat Designer pastinya kad yang dihasilkan akan memuaskan hati semua pihak.

#Tempah pelamin.
-Pelamin! walaupun pelamin rasa macam tak berapa penting, tetapi dengan adanya pelamin,suasana majlis akan lebih meriah. Mini pelamin dah ok if nak buat bajet punya..

#Juru solek atau mak andam. 

-Tempahlah awal-awal supaya mereka akan masukkan anda dalam senarai time management mereka
.
 #Pilih busana pengantin.
Buat pilihan yang bijak,pilih busana yang bersesuaian dengan anda. Busana menarik utk tahun 2015,ialah warna pastel..^^

#Tempah khemah & kerusi meja/catering atau rewang
-Kalau nak murah tempah khemah & kerusi meja,tempah time ada event projek kahwin,book on the spot,confirm jimat & berpatutan.

#Tempah juru kamera dan /  juru video
-Selalunya, jurugambar akan buat sekali dengan video nikah&bertandang cara ni lagi murah dan berbaloi. Tapi kalau nak lg best..suruh je member-member shootkan~

#Tempah kompang, silat gayung, marhaban, tarian atau band.

1 comment: