Monday, 30 March 2015

#Tahukah anda?? Proses Perkahwinan (#Peminangan & #Pertunangan)

Beberapa proses yang dilalui pasangan sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.. Peminangan adalah lamaran seorang lelaki kepada seorang wanita untuk dijadikan isteri dan seterusnya ke proses pertunangan dan berakhir dengan perkahwinan.Tahukah anda..




#PEMINANGAN 
Untuk saling mengenali pasangan . Tidak boleh meminang tunangan orang atau yang dalam iddah rajii' (yang masih boleh dirujuk bekas suami) .
Sabda Rasullullah s. a.w : "Rasullullah s.a.w melarang seorang lelaki meminang di atas peminangan saudaranya yang lain , sehinggalah peminangan yang pertama membatalkan pinangannya atau mengizinkannya (untuk meinang sama)."Riwayat Ahmad.
Syarat sah peminangan
- Wanita itu tidak berada dalam keadaan terlarang untuk dinikahi secara syariat serta mampu dan layak melakukan akad. Bukan mahram sementara , bukan mahram selama-lamanya , bukan dalam idah tala' rajii..
- Wanita itu belum terima lamaran orang lain (kalau berkahwin juga , terjadi juga , ia seakan memotong peluang orang lain ) . Mampu menimbulkan permusuhan .

#PERTUNANGAN

Tempoh untuk saling mengenali dan menimba ilmu tentang perkahwinan , tidak dibenarkan bergaul mesra .
Adab Pergaulan Ketika Bertunang
Benarkan lelaki lihat wanita kerana:
- Mengenalinya dengan lebih jelas.

- Mengetahui tahap pergaulan agamanya.
- Tahap pemikiran dan emosinya.
- Hal2 peribadi namun ada had.

Batas: tidak boleh bersentuhan , pertemuan yang sopan, pertemuan itu ditemani mahram, tidak kerap.

Persiapan pertunangan 

#NAFKAH 
Terpulang pada kemampuan suami dan dipersetujui bersama. Terutama makanan, pakaian dan tempat tinggal perlu dipenuhi .

#NUSYUZ
Elak jadi isteri derhaka. 
-Tidak boleh keluar tanpa izin suami.
-Isteri yang tolak ajakan suami ke tempat tidur.
-Isteri yang ingkar arahan suami yang tidak bercanggah agama.
-Isteri yang kasar, kurang ajar dan melayan suami dengan tidak baik. 

4 PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN
#ILMU
#AMALAN
#EKONOMI
#KESIHATAN

#HIKMAH PERKAHWINAN
-Menyahut seruan fitrah.
-Sunah para nabi dan rasul.
-Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram kerana ada keselamatan dan ketenangan.
-Memelihara iman (penghalang maksiat).
-Mengikis rasa bimbang akan rezeki.
-Mengembangkan keturunan.
-Mewujudkan displin - ada peraturan dan fitrahnya, terutama jika ada anak-anak. Sarung cincin jadi haram apabila ada kepercayaan lain mengikut Sunah yang sering dilakukan setelah aqad nikah.
-Meletakkan tangan kepala isteri lalu berdoa - "Ya ALLAH , aku memohon kebaikkannya dan segala kebaikan segala yang engkau ciptakan pada dirinya."
-Melakukan solat sunat dua rakaat berjemaah , suami isteri.
-Khutbah akad.
-Para hadirin membaca doa untuk pengantin.
-Bernikah pada hari jumaat.
-Mengumunkan berita mengenai majlis perkahwinan.
-Mengadakan kenduri perkahwinan (walimah).

Daripada Aisyah r.ha telah bersabda Rasullullah s.a.w m madhumnya , 
'Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta ," (Riwayat Imam al-Bazzar)


Nak buat kadkahwin tapi tak tahu dekat mana?

Klik kat sini.. >> KadLestari


Atau hubungi talian

HOTLINE
011 2013 2990

atau jemputlah datang ke kedai kami

di lokasi ini...


No. 14A, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan..

Wednesday, 25 March 2015

#Ciri-ciri Lelaki Yang Baik & Calon Suami yang Baik.


Walaupun setiap pertemuan telah dicatat di Luh Mahfuz, namun tidak salah kita usaha dan ikhtiar. Jadi marilah ketahui #Ciri-ciri Lelaki Yang Baik & Calon Suami yang Baik.


#Berkemampuan.

- Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. 
Seperti memberi makan dengan apa yang dia (suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga.

#Lelaki yang sanggup menjadi pembela pasangannya. 

- Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi perempuan daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi dan menjadi isterinya, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

#Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji.

- Apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan.

#Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. 

- Bonus jika pandai dalam memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

#Memberi kepercayaan penuh.

- Menyimpan kepercayaan yang tinggi kepada perempuan dan tidak mudah bersikap ‘suuzon’ iaitu tidak bersangka buruk terhadap isteri.

#Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. 

- Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ di sini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata.

#Bertanggungjawab.

- Sifat mudah memaafkan ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah  ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

#Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. 

- Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua,ciri terpenting dalam memilih calon suami yang beriman sebagai ketua dan pemimpin dalam mendidik isterinya dan seterusnya mentarbiyahkan anak.


Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.Detik-detik akhir zaman ini orang yang soleh dan solehah jumlahnya sedikit marilah kita jadi sebahgian dari sedikit itu. Semuanya adalah berdasarkan kita, saling melengkapi satu sama lain.







Nak buat kadkahwin tapi tak tahu dekat mana?

 Klik kat sini.. >> KadLestari


Atau hubungi talian

HOTLINE
011 2013 2990

atau jemputlah datang ke kedai kami

di lokasi ini...



No. 14A, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2,

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan..

Friday, 20 March 2015

#Tema Warna Busana Perkahwinan 2015

Tak ada idea nak pilih tema baju pengantin?masih blur2 dengan bayangan warna?haa..ni ada pilihan warna tema utk tahun 2015 ^^





#A NEUTRAL PALETTE
Semula jadi dan unfussy - Ia adalah satu palet yang sesuai dengan apa sahaja gaya yang digayakan.

#LAYERS OF GREEN
Rona hijau semata tidak cukup menyerlahkan pesona pengantin. Pilih beberapa layer tona untuk dilihat menawan. 

#COOL MINT AND GRAY

Segar, bersih dan benar-benar sempurna untuk modern affair looks

#SHADES OF PINK
Sentiasa menjadi kegemaran pengantin baru, rona merah jambu ini sesuai untuk bohemian makeover

#ALMOST NEUTRAL PASTELS
Pastel adalah pengganti rona hitam dan rona ini memberi imej berbeza pada wanita berjiwa lembut. 

#CLASSIC BLACK & WHITES
Palet warna klasik ini tidak akan nampak janggal apabila digayakan oleh sesiapa dan apa jenis bentuk badan sekalipun 

#FUCHIA & GOLD
Terang, berani dan indah. Kolaborasi tona warna ini adalah warna impian dan idaman setiap kekasih.

#BLUE, BLUE AND MORE BLUE
Gaya monokromatik untuk pengantin yang inginkan gaya minimalis tetapi tetap dilihat fashionable

#NAVY AND WHITE
Tidak boleh dinafikan kecantikan dan sofistikated dalam kolaborasi dua tona warna yang memberi gaya ikonik memukau pada pengantin.

#CITRUS PINKS AND ORANGES
Mengambil petunjuk daripada trend paling hangat musim ini. Rona cantik citrus memberi insiprasi kepada pilihan palet anda. 


*credit to ikahwin.my



Nak buat kadkahwin tapi tak tahu dekat mana?

Klik kat sini.. >> KadLestari


Atau hubungi talian

HOTLINE
011 2013 2990

atau jemputlah datang ke kedai kami

di lokasi ini...



No. 14A, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2,

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan..

 

Wednesday, 18 March 2015

#Checklist Perkahwinan

Nak kahwin,tapi tak tahu nak buat yang mana satu? Dik Mon tolong uolls buat #Checklist Perkahwinan (rancang majlis)..Nanti bolehlah rancang dengan teratur.. Check it out~..


-Perkara pertama & paling penting yang perlu dilakukan. Rancang sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum kahwin agar semuanya berboleh diatur secara lancar.

#Tentukan tarikh (nikah dan sanding). 
-Bincang bersama ahli keluarga & pasangan tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis. (selalunya cuti sekolah/cuti umum)

#Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan
-Segala butir-butir & keterangan yang berkaitan perlu diisi dan buat semakkan akhir sebelum diserahkan  borang yang berkaitan. Kesilapan mengisi akan mengeruhkan keadaan.

#Pilih tema majlis kahwin. 
-Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu dengan tema perkahwinan yang disediakan majlis perkahwinan akan lebih meriah!

#Buat medical check-up (HIV).
-Perkara WAJIB dibuat oleh semua bakal pengantin. Pemeriksaan yang dijalankan akan memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.Jujur tentang kesihatan anda!

#Beli barang-barang hantaran
-Dengan checklist yang ada pembelian akan lebih teratur, jimat masa serta perbelanjaan.Bajet lebih boleh beli lebih..

#Beli souvenir dan bunga telur untuk tetamu.
-Bahagikan antara orang dewasa & kanak-kanak serta vip. Ikut bajet anda,nak lagi jimat cuba buat DIY..sekarang semuanya dihujung jari.

#Tempah juru nikah atau tok kadi. 
-Jurunikah jangan lupa..Perlu 'book' awal. Ini membolehkan tok kadi membuat perancangan masa beliau sendiri. 

#Tetamu.
-Senaraikan para  tetamu yang perlu dijemput. Ini akan memudahkan bajet perkahwinan berikut dibuat.

#Kad jemputan (p/s..jgn lupa tempah kad kahwin dengan kadlestari.com ^^). 
-Tempah kad kahwin sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum majlis. Design kad perkahwinan perlu dibuat atas perbincangan dan persetujuan kedua belah pihak. Dengan nasihat Designer pastinya kad yang dihasilkan akan memuaskan hati semua pihak.

#Tempah pelamin.
-Pelamin! walaupun pelamin rasa macam tak berapa penting, tetapi dengan adanya pelamin,suasana majlis akan lebih meriah. Mini pelamin dah ok if nak buat bajet punya..

#Juru solek atau mak andam. 

-Tempahlah awal-awal supaya mereka akan masukkan anda dalam senarai time management mereka
.
 #Pilih busana pengantin.
Buat pilihan yang bijak,pilih busana yang bersesuaian dengan anda. Busana menarik utk tahun 2015,ialah warna pastel..^^

#Tempah khemah & kerusi meja/catering atau rewang
-Kalau nak murah tempah khemah & kerusi meja,tempah time ada event projek kahwin,book on the spot,confirm jimat & berpatutan.

#Tempah juru kamera dan /  juru video
-Selalunya, jurugambar akan buat sekali dengan video nikah&bertandang cara ni lagi murah dan berbaloi. Tapi kalau nak lg best..suruh je member-member shootkan~

#Tempah kompang, silat gayung, marhaban, tarian atau band.

Wednesday, 11 March 2015

Tips Memilih Warna Baju Pengantin

Psstt..harini Dik Mon nak bagi TIP PEMILIHAN WARNA BAJU UTK PENGANTIN utk uolls..Nak pilih baju kahwin pun ada tip tauu..check it out~


#Jangan bergantung pada warna kulit saja
Pengantin juga tidak seharusnya bergantung pada warna kulit saja, sebaliknya ukuran badan juga amat penting kerana pilihan warna boleh menyebabkan uolls nampak lebih besar atau lebih kurus.
Warna terang macam kuning atau merah jambu akan menyebabkan pengantin berbadan besar nampak lebih besar tapi warna gelap boleh memberi ilusi yang lebih langsing.

Sebaiknya pilih rona coklat, hitam, kelabu atau perak untuk melindungi kekurangan tubuh.

#Pilih rona lembut untuk pernikahan
Untuk pernikahan, sebaiknya pilih rona lembut dan tidak terlalu terang. Putih rona yang biasa dipakai dan warna selamat. Jika inginkan kelainan, pilih warna merah jambu lembut, kelabu, keemasan atau coklat bagi menandakan anda akan menghadapi majlis pernikahan. Warna ini sesuai untuk semua jenis kulit.



#Dapatkan panda­ngan perunding majlis perkahwinan
Kebiasaannya apa yang disukai mempelai tidak semestinya cantik pada pandangan mata ramai. Sebaiknya sebelum memilih tema majlis atau menempah baju, pastikan anda mendapatkan pandangan daripada jurusolek atau perunding majlis perkahwinan supaya warna dipilih bersesuaian dengan personaliti anda.

Jangan kerana sukakan sesuatu warna, anda memakainya tanpa memikirkan penampilan anda pada hari bahagia.

#Pilih rona sedondon

Kalau uolls sudah menetapkan tema pakaian, pilih rona tudung dan kasut sepadan dan tidak berbeza dengan warna busana bagi mengelak anda nampak janggal pada hari bahagia.
Ada juga pengantin yang ingin memakai warna tudung berbeza tetapi pastikan ia masih di dalam ton warna yang sama, begitu juga dengan kasut. Ini kerana bagi mempelai yang mengenakan layah, ia cukup menaikkan seri pengantin terutama apabila berjalan memasuki pintu utama dewan menuju ke pelamin.


*kredit to sweetpicture

*kredit to http://www.hmetro.com.my/articles/Perlubijakpilihwarna/Article *

.
Nak buat kadkahwin tapi tak tahu dekat mana?
Klik kat sini.. >> KadLestari

Atau hubungi talian
HOTLINE
011 2013 2990

atau jemputlah datang ke kedai kami
di lokasi ini...

No. 14A, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan..