Monday, 9 February 2015

Tips Kurangkan Budget Kahwin




Tips Kurangkan Budget Kahwin

Sejak semua benda dah naik harga. 
Hantaran perkahwinan pun menjadi isu bualan yang paling hangat di abad ni.

Hmm..pening pening..
Nak buat macam.. Nak lari mana pun kita tetap ada ditempat yang sama.
Bila isu harga barang naik,mulalah isu perkahwinan jadi agenda.

Maka, bakal-bakal pengantin semua..
Kena la bijak tangani situasi ini.
Kena pandai atur supaya impian perkahwinan menjadi kenyataan.. 

Mungkin sedikit sebanyak tips ni dapat membantu 

1. Tetapkan jumlah tetamu yang datang

Menetapkan jumlah tetamu ini amat penting. Bukan kita memilih. Tetapi menetapkan jumlah tetamu adalah perkara pertama sekali perlu dfikirkan kerana bila anda sudah menetapkan jumlah tetamu, anda dapat mengira bajet untuk kad kahwin, makanan, cenderamata dan sebagainya.

2. Gotong royong VS katering

Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ada banyak manfaat dan menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali persaudaraan bersama jiran anda. 

Tetapi bagi yang ingin memilih katering sebagai pilihan, bukan tak boleh. Rajin-rajinlah survey beberapa bulan sebelum tarikh perkahwinan untuk mencari mana-mana katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan. 

3. Elakkan membuat majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah / cuti umum

Ini mainstream!! Bukan senang nak elak..
Time cuti sekolah juga la yang berduyun buat wedding kan...
Secara tak langsung kadang tu untuk dapatkan bekalan bahan mentah dan juga pakej katering mungkin sedikit sebanyak akan naik harga..
Sebab apa?? Sebab ramai yang nak mengadakan majlis perkahwinan..
Jadi bahan mentah atau katering akan menjadi terhad.



4. Tempah photographer / bridal ketika ada promosi.

Isu ini boleh jadi hangat bagi sesetengah bakal pengantin.
Mana tidaknya, semakin melambung mahal harga pakej perkahwinan sekarang.

Jadi pasangan yang bijak, dalam tempoh perancangan, adalah disarankan untuk survey pakej promosi dengan harga yang berpatutan.

Atau lebih baik kalau anda sendiri cari laa teman, kawan atau kenalan
Untuk jadi photographer atau bridal anda nanti..
Lagi jimat kan.

5. Sewa baju

Elakkan daripada menempah pakaian yang baru. Tidak dinafikan, baju custom made adalah yang terbaik kerana mengikut citarasa dan potongan badan anda..
Tetapi cas tersembunyi itu yang membuatkan budget perkahwinan anda hangusss terbakarrr..

Tidak menjadi masalah seandainya anda menyewa sahaja..harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.

6. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan satu hari

Untuk menjimatkan kos. Majlis akad nikah diadakan pada waktu pagi dan persandingan pada tengah hari.
Jika anda mahu melakukan majlis perkahwinan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah (saudara mara dan rakan terdekat sahaja) 

7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi

Ada di antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara dan kawan-kawan
Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah.
Lagi satu, elakkan membeli barang yang mahal. Pilih barang yang akan digunakan. Bukan hanya untuk cantik dan mahal dipandang orang.

Yang terakhir.
Jangan lupa senarai semak apa yang penting.
Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting.
Secara tidak langsung, senarai semak ini membantu anda sama ada jumlah wang yang dibelanjakan terlebih atau terkurang.

Banyak lagi tips untuk kurangkan bajet perkahwinan.
InsyaAllah, sebaik-baik perkahwinan adalah yang bersederhana..

Jadi..rancang perbelanjaan anda.
Supaya impian perkahwinan anda tidak musnah kerana budget.
Jangan berhutang sehingga menyusahkan hidup selepas berkahwin.
Semoga beberapa tips di atas membantu sedikit sebanyak. 

Salam sayang, dari kami kadlestari.com



Source : Jalinan Cinta



1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    ~~KAMBING GOLEK HANYA RM1000 SAHAJA~~

    PAKEJ PREMIUM ANJUNG SERAI
    DEWAN 1000PAX - RM 19.80

    MENU UTAMA
    Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
    Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
    Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
    Sambal Sotong Kering
    Masak Lemak Nenas Ikan Masin
    Dalca Sayur
    Acar Buah
    Ulaman & Sambal Belacan
    Ikan Masin Goreng
    Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
    Air Kordial Oren Sunquick
    Air Minuman

    TIT BITS CORNER - 400pax
    Air Teh Tarik, Cendol (Siap Bancuh)
    Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
    Kuih Manis / Kuih Pedas

    HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
    Siakap Sweet Sour, Ayam Golek Madu
    Butter Prawn, Puding Karamel
    Buah-Buahan, Jus Buah, Air Minuman

    PELENGKAP MAJLIS
    1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
    1 Pasang Kerusi Pengantin
    8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
    4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
    30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
    300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
    Centre Peace Setiap Meja Tetamu
    2 Buffet Station Beserta Dekorasi
    Peralatan Buffet Golden Bell
    1 Unit Meja Hadiah
    1 Unit Meja Door Gift
    1 Unit Meja Tit Bits
    PA System & Deejay
    Kompang
    12 Orang Pramusaji
    1 Orang Ketua Pramusaji

    KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
    Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
    Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
    Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
    Sepasang Persalinan Sanding L&P,
    Bantal Nikah, Mekap, Hand Bouquet.

    KEK PENGANTIN
    Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
    Meja Kek Beserta Dekorasi

    PHOTOGRAPHY (NIKAH & SANDING)
    1 Sesi Outdoor, Softcopy Thumbdrive,
    1x Crystal Album 8" x 24"
    1x Photo Frame 16" x 24"
    1x Photo Frame 8" x 12"

    TERDAPAT PROMOSI LAIN YANG MENUNGGU****

    HUBUNGI SAYA:
    IzA 0124110390 (WhatsApp)

    ReplyDelete