Thursday, 19 February 2015

Kad Kahwin Eksklusif


Assalamualaikum semua !!
Nak design eksklusif macam ini?? 


Ada banyak design menarik yang boleh anda pilih.
Khas untuk merealisasikan impian perkahwinan anda..
Jom kita tengok...






Haaa yang bawah ini pula merupakan kad poket.
 Banyak warna dan corak menarik yang boleh dipilih.
Lebih nampak elegant dan simple..













Menarik bukan.. Khas untuk diberikan pada jemputan ke majlis perkahwinan anda nanti.
Jom tempah dengan kami sekarang..

Klik kat sini.. >> KadLestari

Atau hubungi talian
HOTLINE
011 2013 2990

atau jemputlah datang ke kedai kami
di lokasi ini...

No. 14A, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan..


Pssttt... jumpa kami di Pameran Pengantin Malaysia 2015 nanti yee..
Banyak promosi menarik menanti anda di sana.. ^^







Sunday, 15 February 2015

SANTAI : Kalau Dah Jodoh Tak Akan Kemana


Assalamualaikum.. santai untuk hujung minggu..
Kalau dah jodoh tak akan kemana..

Ada hikmahnya yang kita perlu lepaskan sesuatu yang kita betul-betul sayang.
Percaya pada-Nya, kerana kalau itu jodoh kita, jauh mana dia pergi,
PASTI dia akan kembali ke pangkuan kita.





source : ikahwin.my

Apabila dua orang telah digariskan untuk dapat hidup bersama… 
Telah tertulis siapa yang menjadi Jodohnya dalam Kitab Lauhful Mahfudz maka…. 
 Sejauh apa pun mereka…sebanyak apa pun rintangan yang menghalang…sebesar apa pun beza diantara mereka…. sekuat apa pun usaha dua orang tersebut untuk menghindarkannya…

 PASTI! PASTI tetap saja mereka akan bersatu….
seakan ada magnet yang menarik mereka…akan ada hal yang datang…untuk menyatukan mereka berdua…akan ada suatu kejadian…yang membuat mereka saling mendekat… 
dan akhirnya bersatu dalam ikatan yg sah dan halal…


pssstt...dah jumpa jodoh?? nak kahwin dah??
Nak cari pakej kad kahwin murah berbaloi??
Order dengan kami sekarang..!!!

KLIK SINI : KadLestari.com

atau terus ke showroom kami..

14&14A JALAN BUNGA TANJUNG 2/16
SEKSYEN 2 40000 SHAH ALAM, SELANGOR



Wednesday, 11 February 2015

Masa Ideal Tempah Kad Kahwin





Masa Ideal Tempah Kad Kahwin.

Kad kahwin bukan satu perkara yang kita perlu ambil mudah. Bagi yang tertanya bilakah waktu sesuai untuk mereka menempah kad perkahwinan, sebenarnya anda digalakkan untuk menempah kad kahwin kira-kira 3 bulan lebih awal sebelum tarikh perkahwinan. Kenapa????

Bulan pertama : Untuk memilih design dan dapatkan draf
Bulan kedua : Untuk proses cetakan
Bulan ketiga : Untuk proses edaran kad.

Menempah kad kahwin di saat-saat akhir mungkin akan menyebabkan tempahan anda ditolak. Lebih-lebih lagi jika anda berkahwin di musim cuti persekolahan.. Waktu itu memang ramai pasangan yang akan datang menempah lebih awal. Ini bagi mengelakkan kelewatan dan agar kad dapat
diedarkan dengan lebih sempurna.

Apabila menempah kad disaat akhir, banyak keburukannya. Bukan sahaja anda akan lewat mendapat kad kahwin, tetapi  anda juga akan kesuntukan masa untuk mengedarkan kad jemputan kahwin,

Kesilapan tulisan dan ayat juga mungkin boleh berlaku pada kad kahwin jika kelam kabut menyemak draf kad yang dibuat. Segalanya akan jadi serba tak kena. Ini akan terjadi bila dah last minute. 

Jadi buatlah perancangan sebaik-baiknya sebelum anda mengambil kata putus.
Tepuk dada..tanya hati..


Nak order kad kahwin??? Jom order dengan kami...
Sila klik disini.. >> KadLestari





Monday, 9 February 2015

Tips Kurangkan Budget Kahwin




Tips Kurangkan Budget Kahwin

Sejak semua benda dah naik harga. 
Hantaran perkahwinan pun menjadi isu bualan yang paling hangat di abad ni.

Hmm..pening pening..
Nak buat macam.. Nak lari mana pun kita tetap ada ditempat yang sama.
Bila isu harga barang naik,mulalah isu perkahwinan jadi agenda.

Maka, bakal-bakal pengantin semua..
Kena la bijak tangani situasi ini.
Kena pandai atur supaya impian perkahwinan menjadi kenyataan.. 

Mungkin sedikit sebanyak tips ni dapat membantu 

1. Tetapkan jumlah tetamu yang datang

Menetapkan jumlah tetamu ini amat penting. Bukan kita memilih. Tetapi menetapkan jumlah tetamu adalah perkara pertama sekali perlu dfikirkan kerana bila anda sudah menetapkan jumlah tetamu, anda dapat mengira bajet untuk kad kahwin, makanan, cenderamata dan sebagainya.

2. Gotong royong VS katering

Majlis yang diadakan secara gotong royong lebih baik. Ada banyak manfaat dan menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah dan dapat menguatkan tali persaudaraan bersama jiran anda. 

Tetapi bagi yang ingin memilih katering sebagai pilihan, bukan tak boleh. Rajin-rajinlah survey beberapa bulan sebelum tarikh perkahwinan untuk mencari mana-mana katering yang menyediakan pakej bajet untuk perkahwinan. 

3. Elakkan membuat majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah / cuti umum

Ini mainstream!! Bukan senang nak elak..
Time cuti sekolah juga la yang berduyun buat wedding kan...
Secara tak langsung kadang tu untuk dapatkan bekalan bahan mentah dan juga pakej katering mungkin sedikit sebanyak akan naik harga..
Sebab apa?? Sebab ramai yang nak mengadakan majlis perkahwinan..
Jadi bahan mentah atau katering akan menjadi terhad.



4. Tempah photographer / bridal ketika ada promosi.

Isu ini boleh jadi hangat bagi sesetengah bakal pengantin.
Mana tidaknya, semakin melambung mahal harga pakej perkahwinan sekarang.

Jadi pasangan yang bijak, dalam tempoh perancangan, adalah disarankan untuk survey pakej promosi dengan harga yang berpatutan.

Atau lebih baik kalau anda sendiri cari laa teman, kawan atau kenalan
Untuk jadi photographer atau bridal anda nanti..
Lagi jimat kan.

5. Sewa baju

Elakkan daripada menempah pakaian yang baru. Tidak dinafikan, baju custom made adalah yang terbaik kerana mengikut citarasa dan potongan badan anda..
Tetapi cas tersembunyi itu yang membuatkan budget perkahwinan anda hangusss terbakarrr..

Tidak menjadi masalah seandainya anda menyewa sahaja..harganya jauh lebih rendah daripada beli terus pakaian perkahwinan itu.

6. Majlis akad nikah dan persandingan diadakan satu hari

Untuk menjimatkan kos. Majlis akad nikah diadakan pada waktu pagi dan persandingan pada tengah hari.
Jika anda mahu melakukan majlis perkahwinan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah (saudara mara dan rakan terdekat sahaja) 

7. Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi

Ada di antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara dan kawan-kawan
Orang lain letak hantaran 5, anda letak 10 supaya nampak lebih gah.
Lagi satu, elakkan membeli barang yang mahal. Pilih barang yang akan digunakan. Bukan hanya untuk cantik dan mahal dipandang orang.

Yang terakhir.
Jangan lupa senarai semak apa yang penting.
Ia perlu ditulis awal-awal supaya anda tidak lupa atau tertinggal perkara yang penting.
Secara tidak langsung, senarai semak ini membantu anda sama ada jumlah wang yang dibelanjakan terlebih atau terkurang.

Banyak lagi tips untuk kurangkan bajet perkahwinan.
InsyaAllah, sebaik-baik perkahwinan adalah yang bersederhana..

Jadi..rancang perbelanjaan anda.
Supaya impian perkahwinan anda tidak musnah kerana budget.
Jangan berhutang sehingga menyusahkan hidup selepas berkahwin.
Semoga beberapa tips di atas membantu sedikit sebanyak. 

Salam sayang, dari kami kadlestari.com



Source : Jalinan Cinta



Friday, 6 February 2015

Pameran Pengantin Malaysia 2015. Save The Date!!



SAVE THE DATE!! 


PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2015. SAVE THE DATE!!

Siapa bakal-bakal pengantin yang belum siap lagi kad kahwin?? Angkat tangan!!! hihihi
Haaa nak dapatkan kad kahwin yang cantik-cantik tak??
Meh sini kami suggest kan!! hee

Ada banyak pilihan yang menarik khas buat bakal pengantin merealisasikan salah satu impian perkahwinan dengan kad kahwin yang special dan berkualiti untuk diedarkan kepada para tetamu. 


Antara kad yang terdapat di kadlestari.


Cantik kan..nampak eksklusif


Hitam nampak lagi menawan.

Comel je kad kahwin ni

Haaa nak letak gambar dekat kad pun boleh.
Dan banyak lagi design yang menarik menanti korang kat sana..

Apa tunggu lagi...
Temui kadlestari.com di booth no. 56A yee!!

Cepat-cepat, make sure korang dah bulat besar-besar kat kelendar yee..
Sebelum 1 April 2015, sebelum GST bermula..
Haaa..baik booking awal-awal kad kahwin ni..hee

Lupa pula... TEMUI KAMI DI.... :-

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2015
SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC)
27 FEB - 1 MAC
10.00 pagi - 9.00 malam

( MASUK PERCUMA!! )






Thursday, 5 February 2015

Cheritera Yana Samsudin, Fadzil Zahari dan KadLestari



 Ceritera Yana Samsudin, Fadzil Zahari dan Kad Lestari

Al-kisah disebalik tabir pembikinan Kad perkahwinan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari.




Rasanya ramai dah tahu Yana dah nak kahwin!! Yeaahh... ^^

So, Yana dan pasangannya, Fadzli telah memberi kepercayaan kepada kadlestari untuk mereka bentuk kad perkahwinan eksklusif khas buat pasangan sejoli ini..

Kami ingin kongsikan detik-detik ketika Yana dan Fadzil berkunjung ke Galeri Kadlestari.

Yana meneliti kad kahwinnya.


Jelas terpancar seri pengantin mereka berdua.


Tadaa!!! Lawa kan... ^^


Ohh...kat sini lokasinya


Yana Samsudin bersama Pengarah Urusan Kad Lestari, Encik Jamil Ismail




Terbaikkk!! Dari kad lestari...


kadlestari.com berbesar hati dan berbangga atas kesudian mereka berdua memilih perkhidmatan kami untuk merealisasikan impian membina mahligai cinta mereka berdua.

Tahniah dan semoga bercinta hingga ke syurga. Insyallah... ^^

Yana Samsudin & Fadzil Zahari bersama dengan team Kad Lestari.